• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Dukung Bayi Redah Banjir 200m Ke Pusat Pemindahan

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Meredah air paras pinggang sejauh 200 meter ke pusat pemindahan sambil dukung bayi baru dilahirkan, itu antara detik cemas yang terpaksa diharungi seorang ibu muda apabila rumahnya dinaiki air malam Ahad.

Suhaili Saharuddin, 21, dari Kampung Padang berkata dia terpaksa meredah air banjir itu pada kira-kira 3 pagi sambil mendukung bayinya yang baru berumur 15 hari, Nur Sofia Mohd. Rizal manakala suaminya mendukung seorang lagi anak mereka berumur tiga tahun.

“Masa tu saya sedang tidur, suami kejutkan beritahu air mula memasuki rumah… saya agak panik pada mulanya sebab risaukan bayi dan kami terus ambil keputusan untuk pindah.

“Saya redah air hingga paras pinggang sambil dukung anak… memang tuhan je tahu, rasa takut sebab tengah-tengah malam redah air, tapi saya kuatkan diri untuk selamatkan anak,” katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik di sini, Isnin.

Suhaili berkata dia tinggal di Paka dan pulang ke rumah bapanya itu petang semalam untuk menghabiskan tempoh pantangnya

“Alhamdulillah, saya diberikan khemah, toto dan tikar dan makan pun diberikan lauk yang sesuai untuk orang berpantang… syukurlah.

“Pagi tadi pegawai kesihatan datang dan bawa bayi saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan sebab anak saya demam kuning… Alhamdulillah, saya memang berterima kasih atas layanan ini,” kata ibu muda itu.

Abdul Rasid Ibrahim, 44, pula berkata ini kali kedua rumahnya dinaiki air sejak tinggal di perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Kanan, Kemasik pada September lepas.

“Hujan memang lebat sejak pukul 8 malam… sekitar pukul 1 pagi air mula memasuki rumah, saya dan isteri sempat mengemas perabot dan barang untuk diletakkan di tempat lebih tinggi. Kami pindah ke pusat pemindahan sekitar pukul 5 pagi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 orang daripada 17 keluarga di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir iaitu di SMK Badrul Alam Shah, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok. – BERNAMA

Tags: Banjirbayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd