• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Lawat Mangsa Nahas Pesawat TUDM Di HAT

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini melawat seorang daripada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cedera dalam nahas pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterworth petang semalam.

Hishammuddin tiba di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini pada kira-kira 2 petang dengan diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melihat keadaan Leftenan Hamdi Ahmad Hanafi, 26, yang dipindahkan ke HAT Tuanku Mizan selepas menerima rawatan awal di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sejurus kejadian itu semalam.

Difahamkan, Hamdi yang berasal dari Beranang, Selangor mengalami kecederaan dalaman akibat kemalangan terbabit.

Hishammuddin kemudian turut berjumpa dengan anggota keluarga Hamdi termasuk ibu bapa dan isterinya yang berada di wad.

“Saya lihat semangat Hamdi sangat kuat walaupun telah melalui saat sangat mengerikan dan ia wajar dijadikan contoh kepada semua anggota tentera termasuk diri saya sendiri dalam memikul tanggungjawab demi tanah air dan bangsa.

“Ia merupakan salah satu pengorbanan yang tinggi sebagai anggota tentera,” kata Hishammuddin ketika ditemui pemberita.

Dalam kejadian petang semalam, sebuah pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Kejadian pada 5.18 petang itu mengorbankan juruterbang TUDM, Mejar C. Kayamboo manakala tiga anggota lain cedera termasuk Hamdi.

Dua lagi yang cedera ialah Kapten Wai Lik, 26, berasal dari Mentakab, Pahang dan Sarjan Udara Mohd. Sofi Azizan, 29, berasal dari Sik, Kedah telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Hospital Angkatan TenteraNahas PesawatTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd