• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Saluran Diplomatik Selesaikan Isu Rohingya – Hadi

oleh Ahmad Albab
04/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelesaikan isu kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.

Menurut beliau, krisis yang berlaku di negara itu bukan sahaja menuntut campur tangan Malaysia, malah oleh seluruh negara yang menandatangani piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Termasuk juga negara-negara ASEAN dan seluruh negara anggota OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) serta semua pejuang hak asasi manusia kerana kerajaan Myanmar telah melakukan pencabulan terhadap hak asasi manusia,” katanya ketika berucap pada perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kepimpinan UMNO dan PAS serta lebih 20,000 hadirin termasuk etnik Rohingya yang berada di Malaysia.

Abdul Hadi berkata PAS ikut serta pada perhimpunan hari ini yang diadakan atas nama Islam dan kemanusiaan.

“Sempadan politik tidak menghalang kita bersatu mempertahankan hak asasi manusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditemui Bernama senada dengan Presidennya, iaitu saluran diplomatik perlu digunakan bagi menghentikan kekejaman yang berlaku terhadap etnik Rohingya.

“Menggunakan saluran diplomatik adalah cara yang terbaik, kita perlu mengenakan tekanan melalui suara untuk memberitahu kerajaan Myanmar bahawa apa yang mereka buat itu adalah di luar kotak pemikiran manusia yang normal, yang berfikir secara betul,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd