• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gol Ajaib Mohd. Faiz Subri Sah Antara 3 Terbaik Di Dunia

oleh AK-47
03/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKINI: Jaringan menarik Mohd. Faiz secara rasmi disahkan telah disenarai pendek antara tiga gol terbaik untuk Anugerah Puskas FIFA tahun depan.

KUALA LUMPUR – Setakat 5 petang Jumaat, kira-kira 1,373,249 penonton dari seluruh dunia telah menyaksikan video gol ajaib jaringan penyerang Liga Malaysia dari Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri.

Ia sekali gus mengatasi jumlah tontotan jaringan oleh pemain bintang antarabangsa terkenal lain sendiri seperti Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil.

Jaringan itu malah sudah disenarai pendek dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk seterusnya dipilih menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Gol sepakan gunting pemain kelab Corinthians dari Brazil pula, Johnath Marlone berada di tempat kedua dengan tontonan sebanyak 885,572 kali sementara gol sepakan percuma Messi di tempat ketiga dengan 879,423 tontonan.

Calon lain bagi anugerah itu ialah Mario Gaspar (Villareal/Sepanyol), Hlompho Kekana (Mamelodi Sundowns/Afrika Selatan), Saul Niguez (Atletico Madrid/Sepanyol), Hal Robson-Kanu (West Bromwich Albion/Wales), Simon Skrabb (Gefle IF/Finland) dan Daniuska Rodrigue (Venezuela).

Pihak FIFA menerusi laman sesawang rasminya www.fifa.com pada 19 November lepas menyenarai pendek 10 gol menarik dari tempoh 30 September 2015 hingga 30 September 2016 untuk dipilih diberi Anugerah Puskas FIFA.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian tertinggi akan melalui pula proses undian kedua yang pemenangnya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari tahun depan.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang untuk mengundi gol jaringan Mohd. Faiz melalui laman sesawang rasmi FIFA di www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/ yang undiannya ditutup hari ini.

Mohd. Faiz turut menjadi tumpuan dunia apabila jaringan cantiknya menjadi berita utama laman sesawang rasmi FIFA hari ini dengan membawa tajuk ‘Subri’s physics-defying free-kick’.

Artikel berkenaan menceritakan bagaimana jaringan menakjubkan hasil sepakan percuma yang dilakukan pada perlawanan Februari lalu, bukan hanya menafikan logik bahkan hukum fizik.

Lebih daripada itu, jaringan dilakukan menggunakan teknik tersendiri itu menyebabkan lawannya, rakan sepasukan, penonton dan berjuta lagi yang menyaksikannya di atas talian seakan-akan tidak percaya.

Jaringan itu menurut artikel berkenaan mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memuat naik menerusi Twitter menyatakan ia ‘menakjubkan’ dan ‘benar-benar hebat’ serta sudah sampai ke Amerika. – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFIFAPuskas Award
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd