SEORANG gigolo gelandangan didakwa memotong kemaluan seorang lelaki warga emas yang juga pelanggannya di Bronx, New York, malam Sabtu lalu.
Mayat mangsa yang berusia 68 tahun itu ditemui dalam keadaan kemaluannya terputus di dalam sebuah tab mandi oleh jiran kira-kira jam 8.30 malam.
Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Pasukan keselamatan menemui mangsa selepas mendapat panggilan mengenai seorang lelaki diserang di sebuah apartment di Bronx.
New York Times melaporkan, suspek, Jerry Pagan; 32, ditahan di tempat kejadian dan dipercayai telah melakukan hubungan seks dengan mangsa.
Polis tempatan melaporkan Jerry telah memotong kemaluan mangsa dengan gunting dan polis turut menemui pisau di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa dipercayai berhutang dengan suspek dan berlaku pertengkaran di rumah mangsa sebelum kejadian.
Suspek turut memberitahu polis mengenai dia mahu ‘memakan’ kemaluan mangsa.
Jerry ditahan di tempat kejadian dan akan didakwa di atas pertuduhan membunuh. – MYNEWSHUB.CC