• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Tahan 5,092 PATI Dalam Operasi Berepadu Di Esszone

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 5,092 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lebih 4,000 Operasi Bersepadu di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Komander Esscom DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata sepanjang tempoh operasi melibatkan daerah Esszone di Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, seramai 49,199 PATI diperiksa dan 5,092 yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, ditahan.

“Kesemua yang ditahan ditempatkan di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) seperti di PTS Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Papar untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kesemua PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, kejayaan operasi yang diselaraskan Esscom itu susulan sokongan daripada kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Majlis-Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Abdul Bari mengulangi saranan agar semua pengusaha bot tunda dan nelayan laut melaporkan segala pergerakan dan lokasi mereka kepada Pusat Operasi Esscom pada setiap masa.

“Ini bertujuan supaya pasukan keselamatan dapat memberikan bantuan segera sekiranya berlaku sesuatu insiden tidak diingini kepada kru bot,” katanya.

Beliau berkata Esscom memerlukan kerjasama semua pengusaha perikanan dan bot tunda dalam bertindak melaporkan kepada Pusat Operasi Esscom di talian 089863181 sekiranya mengesan bot-bot yang mencurigakan. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszonePati
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd