• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Sekeluarga Maut Kemalangan Di Tampin

oleh
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas di sini.

Penguasa Kanan Bomba II daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata dalam kejadian pukul 3.20 petang tadi, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang
dari arah bertentangan.

“Yang maut ditempat kejadian adalah pemandu kereta itu yang berumur 37 dan seorang wanita berumur lingkungan 60 tahun, manakala dua daripada tiga bayi kembar setahun yang turut berada dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia di Hospital Tampin ketika mendapatkan rawatan.

“Manakala pemandu Proton Persona pula patah kaki dan dirawat di hospital yang sama,” katanya kepada Bernama di sini.

Mangsa yang maut adalah Mohd Fadzil Jusoh, 37; Nazipah Chik, 60; dan dua anak Mohd Fadzil iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana, masing-masing berusia setahun.

Manakala mangsa yang cedera ialah isteri dan anak Mohd Fadzil iaitu Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, dan Muhd Fahimi, setahun serta pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62.

Kesemua enam sekeluarga itu beralamat di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman, Terengganu.

Katanya pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.26 petang mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluarkan pemandu Proton Saga yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Ketika kami sampai ada mangsa daripada Proton Saga telah dikeluarkan oleh orang ramai manakala pemandunya berada dalam kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautTampin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berpegang Teguh Pada Nilai Yang Mengikat Erat Kita

Next Post

Syarikat Bas Sedia Tanggung Kos Pengurusan Mangsa

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Syarikat Bas Sedia Tanggung Kos Pengurusan Mangsa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd