• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Rusia Ditembak Mati Dalam Galeri Ankara

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Duta Rusia ke Turki ditembak mati dari arah belakang ketika menyampaikan ucapan di sebuah galeri seni Ankara pada Isnin oleh seorang pegawai polis yang tidak bertugas.

Penyerang menjerit, “jangan lupa Aleppo” dan melaungkan, “Allahuakbar” sebelum melepaskan tembakan.

Kementerian Luar Rusia mengesahkan kematian duta Andrei Karlov dan menyifatkan ia sebagai ‘perbuatan keganasan’.

Hubungan antara Moscow dan Ankara telah lama tegang berhubung konflik di Syria.

Duta Rusia Ditembak Mati Dalam Galeri Ankara
Penyerang dilihat berdiri di belakang duta Rusia, Andrei Karlov. – Foto AP

Rusia adalah sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad dan serangannya membantu tentera Syria di utara bandar Aleppo minggu lalu.

Datuk Bandar Ankara berkata di Twitter bahawa lelaki bersenjata itu adalah seorang pegawai polis.

Dua sumber keselamatan memberitahu agensi berita Reuters bahawa penyerang tidak bertugas pada masa itu.

Menurut saksi, penyerang berpakaian kemas dalam sut hitam dan bertali leher berdiri seorang diri di belakang mangsa yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan.

“Dia mengeluarkan pistol dan menembak duta dari belakang. Kami nampak mangsa terbaring di atas lantai dan kemudian kami melarikan diri,” kata saksi itu yang enggan dikenali.

Duta Rusia Ditembak Mati Dalam Galeri Ankara
Wajah penyerang yang dirakamkan jurufoto AP.

Orang ramai kemudian bersembunyi di dalam bilik bersebelahan ketika tembakan terus kedengaran.

Satu rakaman video menunjukkan penyerang menjerit, “jangan lupa Aleppo, jangan lupa Syria” dan “Allahuakbar (Allah Maha Besar).”

Seorang jurukamera Reuters di tempat kejadian berkata tembakan kedengaran untuk beberapa tempoh masa selepas serangan berlaku.

Agensi berita Turki, Anadolu berkata lelaki bersenjata itu telah dibunuh. – REUTERS/mStar Online

Tags: Ankaradutakes tembakRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd