• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Letupan ‘Gegarkan’ Pelabuhan Klang

oleh AK-47
07/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK bandar Pelabuhan Klang terkejut apabila digemparkan dengan dua letupan yang membabitkan kebakaran sebuah lori kontena di Jalan Pelabuhan Utara ke Pelabuhan Barat, awal malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.43 malam itu, lori kontena yang membawa muatan gulungan kertas itu terbakar dan menyebabkan berlakunya letupan kuat.

Dua Letupan 'Gegarkan' Pelabuhan Klang

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kebakaran tersebut memusnahkan 90 peratus lori kontena tetapi pemandu sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada enjin sebelum merebak ke bahagian lain.

“Pemandu menyedari ada percikan api di bahagian enjin dan memberhentikan kenderaan sebelum keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Dua Letupan 'Gegarkan' Pelabuhan Klang

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kenderaan tersebut sudah dialihkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kejadian tersebut menyebabkan berlalu kesesakan lalu lintas apabila pengguna dan penduduk setempat turut mahu melihat kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kontenameletupPELABUHAN KLANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

10 Kontena Malaysia Berjaya Masuk Ke Gaza

10 Kontena Malaysia Berjaya Masuk Ke Gaza

11/10/2024
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 kontena Malaysia yang membawa makanan dan barang keperluan berjaya memasuki Gaza dan diagihkan kepada penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd