MIRI – Seorang ibu dan anak lelakinya cedera selepas terjatuh dari eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, eskalator yang dinaiki dua beranak itu berhenti bergerak secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa terjatuh.
Borneo Post melaporkan, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Miri, Sarawak untuk menerima rawatan.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut cedera di bahagian kepala sementara kecederaan ibunya masih belum diketahui.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap mengenai kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Video sekadar hiasan

