• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipertua Dewan Negara Ucap Takziah Kematian Jayalalithaa

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat India atas kematian Ketua Menteri Tamil Nadu, J. Jayalalithaa yang meninggal dunia pada malam Isnin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Vigneswaran berharap rakyat di di negeri selatan India itu bersabar dengan kehilangan Jayalalithaa yang telah enam kali menjadi Ketua Menteri di negeri itu.

“Saya berasa sedih kerana kita semua tahu bahawa Jayalalithaa, seorang pelakon terkenal. Harap rakyat dapat bertenang,” katanya.

Vignewaran berharap pemimpin yang akan menggantikan Jayalalithaa, 68, akan terus menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Bekas bintang filem yang sangat popular itu merupakan antara pemimpin politik yang paling berkuasa di India. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Chennai pada 22 Sept lepas akibat demam, dehidrasi dan jangkitan pernafasan.

Pada petang Ahad beliau mengalami serangan jantung dan keadaannya semakin merosot.

Para doktor di Hospital Apollo bersama-sama pakar dari Institut Sains Perubatan, All India di New Delhi gagal menyelamatkan beliau selepas beliau diberikan bantuan hayat.

“Setiap bantuan klinikal diberikan bagi menyelamat dan memulihkan beliau. Bagaimanapun, di sebalik usaha bersungguh-sungguh kami, keadaan Ketua Menteri tidak dapat dipulihkan dan beliau meninggal dunia pada 11.30 malam, Isnin,” menurut kenyataan hospital.

Jayalalithaa pernah dinobatkan sebagai “Puratchi Thalaivi” (pemimpin revolusi) dan dikenali sebagai Amma (ibu) dalam kalangan pengikut beliau.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga Brahmin di Mysore, Karnataka, bersempadan dengan Tamil Nadu, Jayalalithaa secara rasmi menceburi bidang politik pada 1982. – BERNAMA

Tags: Datuk S A VigneswaranJ. JayalalithaaKetua Menteri Tamil Nadu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan sahabatnya yang juga pelakon popular India,...

Ketua Menteri Vijay Arah Tutup 717 Premis Arak Di Tamil Nadu

Ketua Menteri Vijay Arah Tutup 717 Premis Arak Di Tamil Nadu

12/05/2026
0

INDIA – Ketua Menteri Tamil Nadu, C Joseph Vijay mengarahkan penutupan 717 premis arak milik kerajaan negeri yang beroperasi berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd