• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debaran Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 Mula Terasa

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Debaran Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 yang menyaksikan jaringan ajaib Mohd Faiz Subri tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Puskas, sudah mula dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Berbaki 17 hari sebelum anugerah yang dijadual berlangsung pada 9 Januari depan, gol yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ jaringan penyerang Pulau Pinang itu terus mendapat perhatian dan sokongan warga netizen di media sosial.

Rata-rata netizen tidak putus meluahkan rasa bangga dan berharap anugerah tersebut menjadi milik beliau sekali gus mencipta sejarah menjadi warga Asia pertama memenangi anugerah tersebut.

Seorang pengguna aplikasi Twitter, @RichmanHazim berkata, “Tinggal 3 minggu sebelum Anugerah FIFA 2016, tak sabar nak melihat gol Faiz Subri diumumkan sebagai juara. Sangat bangga!”

“Faiz Subri adalah kebanggaan Malaysia, marilah kita beramai-ramai mendoakan kejayaan beliau di anugerah FIFA 2016 nanti” demikian kata Siti Norasah Ahmad dalam entri akaun Facebooknya.

Rata-rata netizen juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengundi Mohd Faiz bagi membolehkan beliau meraih anugerah tersebut.

Seorang lagi pengguna aplikasi Twitter, @dayangsuhana_ berkata, “There are three finalists and Faiz Subri is one of them. Come on Malaysian, do something for your country!”

Sementara itu, Jeff Pittz dalam entri akaun Facebooknya berkata, “Hurry! Just a few more days to couting…let’s vote for that great goal by our hero, Faiz Subri.”

“C’mon guys! undi saudara Faiz Subri ni. Saya nak tengok beliau dengan bangganya cakap melayu di pentas antarabangsa,” demikian tweet @Ghazikhayat.

Gol ajaib Mohd Faiz itu bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak tempatan, malah turut membuka mata peminat bola sepak seluruh dunia, ia dibuktikan apabila video gol pencalonan tersebut di laman YouTube terus mendahului dua pesaing utamanya.

Setakat 2.30 petang ini, video tersebut yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,137,908 pelayar seluruh dunia.

Jumlah tersebut jauh meninggalkan dua pesaing utama yang bersaing untuk anugerah berkenaan iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (1,351,227 tontonan) dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela (1,053,840 tontonan).

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman sesawang rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan. – BERNAMA

Tags: bola sepakFaiz SubriFIFAJaringan TercantikPuskas Award
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd