• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan melampau apabila mendakwa sebilangan rakyat negara ini tidak mendapat hak yang sama disebabkan perbezaan etnik dan agama.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa kononnya ramai pihak di negara ini mempersoalkan sama ada mereka yang berbeza agama dan etnik itu perlu patuh kepada pihak tertentu atau dikecualikan daripada arus perdana negara.

“Kita sentiasa dibahagikan mengikut kaum, agama dan latar belakang. Ada rakyat Malaysia diperlakukan supaya berasa rendah diri atau mungkin menikmati kekurangan hak yang sama.

“Hanya kerana berbeza etnik, agama, latar belakang atau makanan yang dimakan tidak menjadikan mereka kurang nilai Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Guan Eng mendakwa seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu menangani membebaskan diri daripada ketakutan untuk menegakkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan yang mereka hajati.

Tohmahan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berasas memandangkan hampir setiap kaum di negara ini sedang menjalani kehidupan yang baik termasuk dalam aspek kebebasaan untuk beragama.

Malah, dakwaan bermotifkan politik Guan Eng untuk memburuk-burukkan kerajaan itu tidak bersandarkan realiti iaitu pelbagai jawatan tertinggi dalam kerajaan mahupun swasta di Malaysia di sandang oleh pelbagai kaum.

Pegangan `kek’ ekonomi di Malaysia juga tidak tertumpu kepada kaum tertentu sahaja yang boleh dilihat berdasarkan pemilikan perniagaan dan pengaruh dalam sektor korporat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AgamaDAPLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd