• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Bantah Tayang ‘Let Malays Screw The Malays’

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP membantah tindakan UMNO menayangkan video yang membuktikan kaum Melayu akan menderita jika DAP berjaya memerintah negara ini dalam perhimpunan agung parti terbesar kaum Melayu itu baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, tindakan UMNO menayangkan rakaman video ucapan pemimpin parti itu, Hew Kuan Yaw menyebut kaum Melayu akan `kena skru’ jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan UMNO adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya bersetuju Kuan Yaw salah untuk mengatakan ‘Let Malays screw the Malays’, tetapi adakah Najib (Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak) mempunyai hak untuk menayangkan video itu.

“Salah adalah salah tetapi adakah perlu untuk membangkitkan isu tersebut,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP yang mengetuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan kini mendapat kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk merampas pemerintahan negara ini daripada UMNO.

PPBM diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berdendam dengan UMNO kerana gagal menggangkat orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Kit Siang dalam pada itu turut mendakwa mempunyai bukti bahawa DAP bukan sebuah parti anti Melayu dan Islam hanya kerana beliau pernah menulis satu sajak mengenai Malaya ketika bersekolah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor.

Sajak itu antara lain menyeru seluruh rakyat Malaysia sama-sama mengabaikan tentang agama atau bangsa kononnya bagi mengelakkan unsur perkauman di negara ini, tetapi pada masa sama DAP sering menuntut pelbagai perkara untuk kepentingan kaumnya sahaja selama ini.

“One for all and all for one, We care not what colour, creed or religion you belong, For aren’t each of us Malaya’s son Then why let silly racial quarrels prolong?” – MYNEWSHUB.CC 

Tags: DAPLim Kit SiangMelayuUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd