• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Di Pasar Raya, Guru Swasta Kena Bon Berkelakuan Baik

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru sebuah sekolah swasta bernasib baik apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini hanya mengenakan hukuman bon berkelakuan baik terhadapnya yang mencuri minuman dan barangan penjagaan muka di sebuah pasar raya.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Kho Yen Yen, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri sebotol Nestle Bliss Original; sekotak Olay Te Gtle SPF15; seunit pastry deco; sebotol Safi penyegar dan sebotol Bertolli Olive Oil yang kesemuanya bernilai RM110.85.

Ibu kepada lima anak itu dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM2,000 dengan seorang penjamin.

Wanita itu juga diperintah melapor diri di balai polis setiap sebulan sekali selama dua tahun dan tidak boleh melakukan kesalahan jenayah dan sekiranya tertuduh tidak melapor diri atau terbabit dengan kejadian jenayah, dia akan dihukum penjara.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Aeon Big Mid Valley, di sini pada 11.30 pagi, 10 Jun lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya boleh dikenakan penjara dan denda atau sebatan.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah memberi bon kelakuan baik dengan alasan itu adalah kesalahan pertamanya manakala Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman berbentuk pengajaran. – BERNAMA

Tags: GuruKes Curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd