• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Tewas, Beregu Lelaki Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kalah mengejut kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Kekalahan 14-21, 21-14, 21-19 kepada Axelsen itu sekaligus menyekat kemaraan pemain nombor satu dunia itu untuk beraksi di saingan separuh akhir Siri Super Dunia edisi kali ini.

Axelsen bersama-sama pemain Korea Selatan, Son Wan Ho mara ke separuh akhir selepas berada dalam kedudukan dua pemain terbaik selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Pemain dari Pulau Pinang berusia 34 tahun itu sebelum ini tewas kepada Son pada perlawanan pertama dengan mata 10-21, 16-21 sebelum memperoleh kemenangan ke atas Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, 21-15, 22-20 dan seterusnya ditunjukkan jalan keluar oleh Axelsen di Kompleks Sukan Hamdan.

Sebagai rekod, Chong Wei pernah menjuarai kejohanan Siri Super Dunia sebanyak empat kali pada 2008, 2009, 2010 dan 2013.

Dalam pada itu, beregu lelaki pilihan kedua kejohanan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melayakkan diri ke separuh akhir selepas mengalahkan gandingan Li Junhui-Liu Yuchen dari China pada Khamis.

Pasangan V Shem-Wee Kiong yang mendapat kemenangan percuma pada perlawanan pertama Kumpulan B setelah beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menarik diri daripada kejohanan itu, menewaskan Biao Chai-Wei Hong dari Hong Kong, 16-21, 21-13, 22-20, malam tadi. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd