• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Menang Pemain Terbaik Dunia Buat Kali Ke-5

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk kali kelima malam tadi.

Chong Wei menerima anugerah itu daripada Timbalan Presiden BWF, Gustavo Salazar dalam Majlis Makan Malam Gala di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hasil daripada aksi cemerlangnya sepanjang musim ini, demikian menurut Twitter rasmi BWF: @bwfmedia.

Beliau mengetepikan beberapa calon termasuk pasangan negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, juara Olimpik, Chen Long, beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan dan Jan O Jorgensen dari Denmark.

Sepanjang 2016, Chong Wei memenangi kejuaraan Siri Super di Malaysia, Indonesia dan Jepun serta pingat perak Olimpik ketiganya, selain mencuba memburu gelaran Siri Super Dunia kelimanya di Dubai minggu ini.

Sebagai rekod, pemain berusia 34 tahun dari Pulau Pinang itu pernah memenangi anugerah sama pada 2009, 2010, 2011 dan 2013.

Bagi Siri Super Dunia tahun ini, Chong Wei diletakkan dalam Kumpulan B bersama pemain Korea Selatan, Son Wan-ho, Angus Ng Ka Long (Hong Kong) dan Viktor Axelsen (Denmark).

Kejohanan Siri Super Dunia yang menawarkan hadiah berjumlah US$1 juta (kira-kira RM4.4 juta) dijadualkan bermula esok hingga 18 Dis di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai.

Sementara itu, pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei dipilih menerima Anugerah Pakaian Terbaik Wanita pada majlis makan malam tersebut manakala Axelsen pula memenangi kategori lelaki.

Bekas juara wanita remaja dunia, Goh Jin Wei yang dicalonkan dalam Anugerah Eddy Choong untuk Pemain Paling Berbakat, gagal menandingi pemain China, Chen Qingchen yang dipilih sebagai pemenang.

Pasangan beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Pemain Wanita Terbaik manakala Pusarla V Sindhu dari India menerima Anugerah Pemain Paling Meningkat.

Bagi kategori badminton para, Lucas Mazur (Perancis) dan Karin Suter-Erath (Switzerland) dinamakan Pemain Para Terbaik, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd