• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Ditinggal Sendirian, Ditemukan Semula Dengan Keluarga

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seakan filem pecah panggung ‘Home Alone’ pada 1990, apabila seorang budak lelaki ditinggalkan sendirian di rumah secara tidak sengaja semasa cuti Krismas, sebuah keluarga dari Brunei juga mengalami nasib serupa, selepas tertinggal anak lelaki mereka di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Orang ramai menemui kanak-kanak lelaki itu merayau bersendirian di kompleks berkenaan kira-kira 6 petang dan memaklumkan kepada polis yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Pusat Miri.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata keluarganya tidak menyedari anak mereka hilang dan terus menaiki kenderaan bersama-sama empat lagi anak mereka. “Bapa berusia 46 tahun itu, yang juga seorang penjawat awam di Brunei, hanya menyedari anak lelakinya tiada di dalam kereta selepas 10 minit beredar dari pusat beli-belah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lelaki itu kembali semula untuk mencari anaknya dan dimaklumkan oleh pengawal keselamatan anaknya telah dibawa ke balai polis.

Khoo berkata lelaki itu mengambil anaknya di balai polis pada 7.30 malam selepas mengemukakan pasport anak lelakinya.

Kejadian itu yang berakhir dengan kegembiraan, walaupun kanak-kanak berkenaan tidak berdepan dengan penjahat seperti aksi yang dilakonkan oleh Macaulay Culkin, terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan anggota polis Miri.

Gambar kanak-kanak itu viral di media sosial malam tadi selepas berita mengenai kehilangan kanak-kanak warga Brunei itu disebarkan secara meluas.

Akhir Disember adalah tempoh paling sibuk di Miri kerana ramai kakitangan kerajaan dari Brunei datang membeli-belah dan menghabiskan cuti mereka di sini. – BERNAMA

Tags: budak hilangpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd