• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bouncer’ Didakwa Bunuh Remaja

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang ‘bouncer’ atau pengawal sebuah pusat hiburan di sini, dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang remaja lebih seminggu lalu.

Mohd Azmin Lidin, 28, dari Kampung Cenderamata Likas di sini dituduh membunuh Yaacob Nasran, 18, dekat Siam Thai Bar, Jalan Asia City di sini antara 3.30 pagi dan 4.30 pagi pada 15 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp. P. Nathan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rakhbir Singh.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang wanita warga emas, Chin Su Chin, 67, didakwa membunuh rakannya, Ngur Lim Kiau, 64.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kepayan Ridge dekat sini kira-kira 3 petang pada 23 September lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Kakayun turut menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd