• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belajar Sambil Teman Ibu Berniaga

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Gambar menyayat hati seorang budak lelaki membuat kerja sekolah bermejakan tong sampah awam dalam keadaan cuaca sejuk ketika ibunya berniaga tular di media sosial China dan mencetuskan rasa simpati serta kagum pengguna Internet negara itu.

Budak dikenal pasti sebagai Nian Nian, sembilan, dirakam duduk berhampiran gerai ibunya yang menjual keledek bakar di Qingdao, wilayah Shandong, timur China, lapor portal berita Huanqiu.

Sejak dimuat naik ke Weibo oleh Qingdao Daily pada 21 Disember lalu, gambar itu dikongsikan berulang kali di laman media sosial China dengan ramai berjanji membeli keledek bakar ibunya itu.

Menurut laporan itu, Nian Nian sering dilihat berhampiran Hotel Qingdao Taitung dan sangat rajin belajar.

Peniaga lain berkata, Nian Nian budak baik yang sering membantu ibunya mengemaskan serta menjaga gerai itu.

Nian Nian dan keluarganya dilaporkan berasal dari Henan dan mencari rezeki di Qingdao sejak 10 tahun lalu.

Ibunya, Zhang mencari rezeki pada musim sejuk menjual keledek bakar.

Laporan dan gambar itu menyebabkan ramai pengguna Weibo berazam membantu keluarga Nian Nian.

“Semua kesusahan dialaminya akan menjadi pengalaman berharga pada masa akan datang.

Saya mendoakan kejayaannya,” kata seorang pengguna. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinapelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd