• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa 3 Anak Didakwa Terima Rasuah RM30,000

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mene­rima rasuah RM30,000 daripada seorang penjawat awam, empat hari lepas.

Mahamad Shah Othman, 59, yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan tersebut di tandas lelaki, Mezzanine Floor, Hotel Sheraton Imperial di sini, pada 9.52 malam, 5 Dis lepas.

Tertuduh didakwa menerima wang suapan sebanyak RM30,000 daripada penjawat awam, Abdul Aziz Abdul Gaffor, 55, sebagai dorongan kononnya dia boleh menolong meringankan hukuman Abdul Aziz daripada hukuman penjara kepada denda di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang masih dalam perbicaraan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib menawar­kan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin kerana pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh adalah serius.

Peguam Mohd Shahrullah Khan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak tertuduh telah membawa RM30,000 dan akan membayar wang jaminan itu.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 10 Jan depan bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd