Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PNB Libat Syarikat Tingkat...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mula melibatkan syarikat-syarikat teras dengan pegangan kepentingan...

Hospital Baharu Sri Aman...

KUCHING - Kerja-kerja membina struktur sebenar Hospital baharu Sri Aman akan bermula tahun...

Jepun Lulus Pakej AS$24.3...

TOKYO: Jepun meluluskan peruntukan bernilai 3.49 trilion yen (AS$24.3 bilion) daripada dana rizab...

Kit Siang Cabar Najib...

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk...

Banjir: 8 Jalan Di 3 Daerah Di Terengganu Ditutup

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lapan jalan di tiga daerah di Terengganu ditutup pagi tadi akibat banjir, kata Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Left Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Beliau berkata di Hulu Terengganu, empat jalan ditutup kepada semua kenderaan mulai pukul 10 pagi tadi setelah dinaiki air lebih 0.5 meter manakala Jalan Bukit Perah-Kuala Kejir di Kampung Jak ditutup kepada kenderaan ringan.

Empat jalan tersebut ialah Jalan Aring-Kuala Jeneris di Kampung Basung (0.5 meter), Jalan Tapah di Kampung Kepah (0.5 meter), Jalan Matang-Kuala Telemong di Kampung Nibong (0.7 meter) dan Jalan Kuala Pueh-Tapah-Payang Kayu-Baung-Kuala Ping (0.8 meter), katanya.

Beliau berkata di daerah Setiu pula, dua jalan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan setelah dinaiki air lebih 0.6 meter.

“Jalan Pengkalan Merbau-Pelong berdekatan Kampung Pelong Kepah dinaiki air setinggi 0.8 meter ditutup mulai pukul 9.30 pagi tadi.

“Jalan Chalok Bukit Putera-Telaga Papan berdekatan Kampung Lubuk Panjang yang dinaiki air setinggi 0.6 meter pula ditutup mulai pukul 11 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Selain itu, satu jalan utama ke Hulu Besut iaitu Jalan Jertih-Pasir Akar-Keruak di Kampung Jerubung turut dinaiki air setinggi 0.5 meter dan ditutup kepada semua kenderaan ringan mulai 12.30 tengah hari tadi.

Che Adam yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata orang ramai perlu mengikut jalan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

“Jalan utama ke Pahang dan Kelantan juga masih boleh dilalui termasuk menggunakan jalan pantai dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT2).

“Ada jalan pantai dinaiki air di Merchang, Marang pada awal pagi tadi namun setakat ini ia sudah boleh dilalui setelah air surut dengan cepat di kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori