• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Kekal Dalam Saingan Liga Perdana Musim Depan

oleh AK-47
02/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengekalkan penyertaan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Perdana 2017, menggantikan pasukan kelab, KL DRB-Hicom.

FMLLP telah mengusulkan pertimbangan dan kelulusan melalui resolusi kepada Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dan seterusnya memutuskan bahawa ATM yang menduduki tangga ke-11 kekal dalam saingan Liga Perdana 2017.

“Oleh yang demikian, pasukan ATM dikehendaki membuat pengesahan penyertaan secara rasmi kepada FMLLP pada atau sebelum pukul lima petang, 9 Dis ini,” kata FMLLP dalam kenyataan di sini hari ini.

Kekosongan slot Liga Perdana itu berikutan KL DRB-Hicom, pasukan yang berpangkalan di Stadium Proton, Tanjung Malim, menarik diri kerana masalah kewangan yang menjadi penghalang utama mereka untuk terus kekal beraksi dalam liga berkenaan.

Sebagai rekod, pasukan yang diberi jolokan ‘The Great Bees’ itu menamatkan kempen musim ini di tangga ketujuh liga selepas merekodkan lapan kemenangan, lima seri dan sembilan kekalahan sepanjang 22 perlawanan liga.

Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan sama seperti tahun lalu di mana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melulus dan mengekalkan penyertaan Kuala Lumpur yang berada di tangga ke-11 Liga Perdana 2015 untuk bersaing pada Liga Perdana 2016. – BERNAMA

Tags: ATMbola sepakLiga Perdana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd