• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama Lelaki Pondok Pengajian Di Kedah Terbakar

oleh
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Kira-kira 20 pelajar lelaki di Maahad Al-Fatoni, Bukit Kobah di sini tinggal sehelai sepinggang selepas sebuah bilik asrama yang terletak di tingkat atas pusat pengajian itu terbakar malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan 1, Ramlan Mohd Ariff, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.35 malam melibatkan asrama di tingkat dua bangunan terbabit.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dan seorang pegawai telah ke lokasi sambil dibantu 14 anggota bomba dari Balai Bomba Sukarela Tanah Merah, Bomba Sukarela Seberang Nyonya dan Simpang Empat Rangkaian.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati, api telah pun berjaya di padamkan oleh pasukan Bomba Sukarela Tanah Merah yang terlebih dahulu bergegas ke lokasi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ramlan,siasatan awal mendapati 90 peratus bilik asrama berkeluasan 12.2 meter lebar dan 18.3 meter panjang musnah dijilat api dan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Setakat ini punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Ketika kejadian pelajar-pelajar baru selesai menunaikan solat Isyak di tingkat bawah secara berjemaah dan menyedari ada kepulan asap di tingkat atas sebelum menghubungi pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, pengetua asrama maahad berkenaan, Ashiq Elahi Mat Desa, berkata, bangunan yang terbakar adalah bangunan baharu dibina dan diduduki sejak setahun lalu.

Ianya hanya disedari oleh beberapa orang pelajar yang ternampak kepulan asap dari tingkat atas selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di tingkat bawah.

Seorang saksi kejadian, Ahjmad Husaini Mohd Fizhul, 17, berkata, ekoran kejadian itu, beliau hanya sempat menyelamatkan dompet dan beberapa helai baju jubahnya manakala barangan lain hangus terbakar.

Dalam keadaan kelam kabut itu beberapa pelajar lain cuba memadamkan api menggunakan air paip, namun tidak berjaya disebabkan api marak terlalu cepat.

Berikutan itu, kesemua pelajar terbabit di tempatkan di bangunan sekolah bersebelahan buat sementara waktu. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd