• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 8 Bot Pukat Kenka Ceroboh Perairan Perak

oleh AK-47
30/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kerakusan segelintir nelayan moden yang mahu mengaut keuntungan lebih menggunakan bot pukat kenka akhirnya ‘tewas’ apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan mereka dalam Op Khas Kenka.

Kejayaan tangkapan APMM itu merupakan penutup tirai 2016 apabila lapan bot pukat kenka ditahan kerana menceroboh perairan Tanjung Piandang, Kuala Kurau, di Perak sejak 21 Dis lepas.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata operasi berkenaan dijalankan susulan pihaknya mendapat aduan daripada nelayan tempatan di sekitar perairan mereka yang diceroboh.

Beliau berkata kesemua bot-bot yang ditahan itu melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 5 batu nautika dan di luar kawasan yang telah ditetapkan menggunakan pukat kenka.

“APMM telah menahan lebih 177 bot pukat kenka sejak tahun 2006 dan untuk tahun ini sebanyak 11 bot ditahan dan enam tangkapan dibuat,” katanya dalam sidang media APMM di Lumut, di sini.

Ahmad Puzi berkata statistik APMM menunjukkan penahanan tertinggi dicatatkan pada tahun 2011 dengan jumlah 33 buah bot.

“Semenjak itu, penahanan mulai berkurangan dengan jumlahnya 19 kes (2012), 11 kes (2013) , 18 kes (2014) dan 16 kes (2015), ” katanya.

Beliau berkata bot pukat kenka ini boleh menjejaskan ekosistem hidupan akuatik, iaitu mereka menggunakan pukat kenka yang diubah suai daripada pukat tunda untuk ‘menyapu’ hidupan laut termasuk terumbu karang daripada dasar laut hingga ke permukaan laut.

“Sekiranya berterusan habitat pembiakan ikan turut musnah manakala hasil tangkapan juga akan menurun maka ia tidak boleh dibenarkan berlaku.

“Jumlah ikan yang semakin menurun akan menyebabkan harga ikan akan terus meningkat dan tidak memberi peluang nelayan tradisional mencari rezeki,” katanya.

Ahmad Puzi berkata lesen bot kenka ini hanya dikeluarkan kepada nelayan di kawasan sekitar Tanjung Piandang, Kuala Kurau sahaja.

Menurutnya, sebanyak 550 nelayan mempunyai lesen bot kenka ini dan didapati mereka melakukan kesalahan kerana mengambil hasil laut di kawasan kurang lima batu nautika dari pesisir pantai.

“Kesemua 550 lesen bot kenka ini akan ditamatkan secara berperingkat mulai tahun ini sehingga tahun 2020 oleh Jabatan Perikanan,” katanya.

Beliau berkata lebih 900 bot kenka telah dilucutkan hak dan telah dijadikan tukun tiruan serta rampasan harta bot kenka dianggar bernilai RM300 juta.

Dalam pada itu, APMM berjaya menurunkan Indeks Jenayah Perairan di seluruh negara iaitu di bawah tiga peratus bagi tempoh enam tahun.

Ia berikutan operasi yang dijalankan APMM iaitu 34,000 kali setahun di laut bagi memastikan perairan negara selamat daripada ancaman luar.

Op Khas Kenka ini disertai 110 anggota dan pegawai membabitkan enam bot APMM untuk melaksanakan operasi itu yang menggunakan pelbagai strategi bagi memerangi kegiatan bot tunda kenka. – BERNAMA

Tags: APMMbot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd