• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Sabah Bakal Terima Kapal OSV Dari Jepun Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah bakal menerima satu daripada dua kapal peronda pesisir pantai (OSV) dari Jepun awal tahun depan, bagi meningkatkan keupayaan operasi agensi terbabit.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata kapal besar sepanjang lebih 90 meter yang dinamakan KM Arau itu bakal ditempatkan di Kota Kinabalu, manakala sebuah lagi dinamakan KM Pekan akan ditempatkan di Kuantan, Pahang.

“Kapal pertama akan sampai pada Januari, manakala kapal kedua akan menyusul selepas itu. Saya difahamkan pada mesyuarat baru-baru ini, salah sebuah kapal
itu akan ditempatkan di wilayah Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Latihan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAREX) Maritim Sabah dan Labuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata kedua-dua kapal itu mempunyai kelebihan termasuk berupaya belayar lebih lama selain dilengkapi hangar helikopter.

“Saya menjangkakan kapal ini boleh menjangkau (belayar) lebih 30 hari, boleh berada di laut tanpa bantuan minyak, komunikasi selain boleh mengharungi cuaca (dan laut) bergelora setinggi tiga hingga empat meter,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zubil berkata pihaknya mencadangkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk mewajibkan pengusaha bot pelancongan memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan sistem radio.

Beliau berkata kedua-dua sistem itu adalah penting bagi tujuan keselamatan selain memudahkan pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan cepat jika berlaku sebarang perkara tidak diingini di laut. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd