• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alif Satar Minta Isteri Berhenti Kerja Jaga Anak

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu dia telah meminta isterinya Shadila Halid, 32, untuk berhenti kerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

“Saya seorang lelaki yang konservatif dan kalau boleh balik rumah ada isteri yang menunggu dan makanan sudah terhidang di atas meja.

“Saya minta dia berhenti kerja dan beri perhatian kepada keluarga sahaja, lagi pula tahun depan anak kami sudah masuk dua orang lebih baik dia uruskan anak. Insya-Allah dia akan beri notis berhenti dalam masa terdekat.

“Tidak mengapalah, saya beritahu dia biar saya seorang sahaja yang cari duit untuk keluarga,” ujarnya yang baharu pulang menunaikan umrah bersama isterinya minggu lalu.

Alif Satar Minta Isteri Berhenti Kerja Jaga Anak
Alif Satar bersama isterinya Shadila Halid ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. – Foto Instagram Alif Satar

Alif ditemui pada sidang media cabutan giliran persembahan Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang diadakan di Wisma Bentley, di sini, Rabu.

Dia bakal mempertandingkan lagu berjudul Selamanya Cinta pada pertandingan yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 22 Januari 2017.

Sementara itu, bercerita tentang kandungan isterinya yang kini sudah memasuki tujuh bulan, Alif berkata, dia sudah mempunyai nama untuk bayi perempuan itu iaitu Ariana.

“Insya-Allah, isteri akan bersalin pada Februari depan dan kami sudah ada nama iaitu Ariana. Ada lagi nama sambungannya yang membawa maksud sangat bermakna tapi saya tidak boleh beritahu dahulu.

“Dari segi persiapan pula, saya tidak terlalu teruja seperti anak pertama saya, Alisha. kerana sudah tahu apa yang patut dibeli dahulu dan ada yang tidak perlu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alif berkata, dia bakal ke Jepun pada Februari depan bagi menjalani penggambaran dua drama bersama Jihan Muse. – mStar Online

Tags: alif satarpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd