• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktivis WGB Harap Malaysia Anjur Misi Ke Gaza

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Aktivis ‘Women’s Boat to Gaza (WBG)’ dari pelbagai negara berharap Malaysia dapat menyediakan flotila atau bot sekali gus menganjurkan misi kemanusiaan ke Gaza pada masa akan datang.

Wakil tunggal Malaysia dalam WBG Dr. Fauziah Mohd Hasan, 59, berkata harapan tersebut disuarakan kerana aktivis berkenaan melihat Malaysia mampu menganjurkan sesuatu dengan teratur.

“Banyak permintaan (aktivis) supaya Malaysia menganjurkan misi seterusnya, api ia dinyatakan secara ‘bisik-bisik’ dalam kalangan aktivis WBG,” katanya kepada pemberita selepas program bual bicara bersama Dr. Fauziah Mohd Hasan di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Dr. Fauziah adalah antara 13 aktivis yang ditahan pihak berkuasa Israel semasa mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi WBG ke Gaza yang diasaskan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) awal Oktober lalu.

Ketika ditanya mengenai misi WBG akan datang, Dr Fauziah berkata satu mesyuarat dijangka diadakan pada Mei tahun depan di Stockholm, Sweden bagi membincang dan memperincikannya.

“Selagi sekatan Israel ke atas Gaza tidak dipecahkan, maka misi flotila tidak akan dihentikan,” katanya yang juga merupakan penasihat pertubuhan bukan kerajaan ‘Rose2Rose’.

Sementara itu, Dr. Fauziah berkata beliau telah menulis surat terbuka kepada Menteri Luar yang juga Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi supaya mengambil peranan bagi menghentikan keganasan terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

Surat terbuka bertarikh 30 Nov yang disiar di laman sesawang ‘Rose2Rose’ itu antara lain meminta Yangon supaya membenarkan misi kemanusiaan masuk ke Rakhine bagi memberi bantuan kepada etnik Rohingya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai sebarang misi bagi membantu etnik Rohingya, Dr. Fauziah berkata ia sukar untuk dilaksanakan kerana terdapat laporan melarang wanita bertudung memasuki Rakhine kerana keadaan sangat berbahaya.

Beliau bagaimanapun berkata pihak MyCare akan cuba menyalurkan bantuan menerusi rakan-rakan NGO dalam gabungan South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) yang berpangkalan di Indonesia. – BERNAMA

Tags: Aktivis WGBDr FauziahGaza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

03/04/2026
0

‍SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd