• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Hadir Sambutan Hari Melayu Sedunia Di Kuala Kangsar

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai Sambutan Hari Melayu Sedunia Kali ke-2 sempena sambutan Maulidur Rasul 1438 di sini hari ini.

Lengkap berpakaian Melayu, tidak kurang yang mengenakan pakaian ala hulubalang lengkap bertengkolok serta membawa senjata seperti keris dan panah, mereka menaiki perahu di Sungai Perak menuju ke jeti Lembah Sayong.

Mereka mendarat di situ sebelum berarak ke Laman Budaya sambil berselawat.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Datuk Mohd Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman.

Pengerusi sambutan, Raja Shahriman Raja Azidin berkata program itu diadakan bagi menunjukkan orang Melayu dan umat Islam boleh bersatu untuk membentuk kekuatan.

“Ia juga bagi menunjukkan orang Melayu kaya dengan seni dan budaya selain ilmu serta falsafah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program itu.

Katanya, sambutan hari tersebut adalah yang kedua selepas kali pertama diadakan di Shah Alam tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Hari Melayu SeduniaNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd