• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pusat Pemindahan Dibuka Di Perak, 173 Penduduk Terjejas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh Perak berikutan banjir kesan daripada musim tengkujuh dan monsun timur laut ketika ini, demikian menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 1.30 pagi tadi, seramai 173 penduduk dari dua daerah ditempatkan di tiga pusat pemindahan berkenaan.

Di daerah Manjung, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di dewan orang ramai Simpang Tiga yang menempatkan 76 orang, manakala 73 lagi berada di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

Kampung yang terjejas di Manjung adalah Kampung Serapoh, Kampung Simpang 3 dan Kampung Padang Serai dengan paras air banjir setinggi 0.15 meter hingga 0.2 meter.

“Di daerah Kuala Kangsar seramai 24 orang ditempatkan di dewan Kampung Setor selepas air banjir mencecah satu kaki,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sementara itu, pihak bomba sedang memantau banjir kilat di Kampung Gabis, Padang Rengas selepas air naik setinggi empat kaki yang menjejaskan 10 rumah akibat hujan lebat tanpa henti. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd