• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Warga Indonesia Ditahan Kes Culik Bayi

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis menahan dua suspek lelaki warga Indonesia hari ini bagi membantu siasatan berhubung bayi perempuan berusia lapan bulan yang dilarikan dihadapan rumahnya di Kampung Rawa Rawa, Batu 4, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata selepas penahanan dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya tangkapan itu dilakukan selepas mangsa yang ditemukan ditinggalkan di bahagian belakang sebuah kedai kosong di Batu 24, Jalan Apas oleh ibu saudaranya kira-kira pukul 8 malam.

“Ibu saudara mangsa telah dihubungi suspek dan bayi itu dibebaskan dipercayai selepas bapa mangsa membuat transaksi kepada suspek sebanyak sebanyak Rp100 juta (RM33,332.58) ke dalam akaun bank atas nama ‘syamsul’. Transaksi itu adalah sebagai pembayaran hutang dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata siasatan awal kejadian bayi itu dilarikan disyaki berikutan bapa mangsa kini dipenjarakan di Samarinda, Indonesia telah memperkenalkan pembeli dadah jenis Syabu dari Indonesia tetapi pembeli tersebut gagal membayar dan gagal dikesan.

“Ekoran itu, individu bernama Jai dan Iskandar telah beberapa kali berjumpa dengan ibu mangsa untuk menuntut wang sebagai ganti rugi sehingga membawa kepada kejadian itu berlarutan dan mangsa diculik,” katanya.

Semalam dilaporkan, seorang bayi perempuan dilarikan seorang lelaki di rumahnya di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, di sini dan kehilangan bayi itu disedari oleh ibu saudara mangsa kira-kira 6.15 pagi.

Kejadian itu dikaitkan dengan suspek menuntut wang RM100,000 berkaitan hutang dadah daripada bapa mangsa. – BERNAMA

Tags: Indonesiawarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd