• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Scam Skim Persaraan, Melabur Dengan Bijak

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan profesional di puncak kerjaya, anak muda berpendidikan dan mereka yang hampir bersara sering menjadi sasaran sindiket penipuan (scam).

Timbalan Pengurus Besar Suruhanjaya Sekuriti (SC), Khairul Ridzwan Abdul Kudus berkata kumpulan lelaki berjaya berusia 40-an juga terdedah kerana mereka mempunyai wang.

Anak-anak muda, terutamanya pelajar universiti dan graduan baharu, direkrut untuk ‘menjual’ pelaburan dan melabur dalam skim itu sendiri, katanya.

“Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur pengeluaran penuh 55 juga perlu berhati-hati dengan penipu yang cuba untuk menipu dana persaraan mereka.

“Melalui Internet, warga asing dengan mudah dapat mensasarkan rakyat Malaysia melalui e-mel, laman web dan media sosial,” katanya, sambil menambah trend penipuan sentiasa bergerak seiring dengan apa sahaja yang ‘panas’ di pasaran.

Ketua Jabatan Kuantitatif dan Analisa Prestasi KWSP, Badrul Hisham Dahalan menggesa ahli-ahli supaya mereka lebih celik pengetahuan kewangan dan pelaburan serta mendapatkan maklumat yang cukup sebelum melabur.

“Sentiasa amalkan sikap hati-hati. Dapatkan nasihat dan butiran daripada penasihat berkelayakan atau perancang kewangan.

“Tidak ada jaminan bahawa pelaburan itu akan menghasilkan keuntungan,” katanya.

Untuk membantu memenuhi matlamat kewangan pencarum, KWSP membenarkan ahli mempelbagaikan portfolio persaraan mereka menerusi Skim Pelaburan Ahli (MIS).

Berkuatkuasa Januari tahun depan, ahli-ahli yang mempunyai ‘Simpanan Asas’ RM228,000 boleh memindahkan 30 peratus (peningkatan dari 20 peratus), melebihi jumlah yang diperlukan (dari Akaun I), ke Institusi Pengurusan Dana (FMI) untuk mengoptimumkan pelaburan mereka.

Khairul Ridzwan berkata SC tidak bimbang tentang penipuan skim MIS kerana pihaknya berkerjasama rapat dengan KWSP untuk memastikan bahawa wang dipindahkan terus dari KWSP ke dana-dana berlesen.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj memberi amaran kepada pengguna supaya tidak menggunakan simpanan persaraan untuk melabur, kecuali jika mereka sanggup mengambil risiko dan tanggungjawab untuk memantau pelaburan mereka.

Menurut Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), penyelewengan dana oleh perunding Skim Persaraan Swasta (PRS) dan unit amanah adalah aduan utama di kalangan pengguna.

Jika mana-mana 50,000 perunding di negara ini didapati bersalah menerima wang tunai dan melakukan penyelewengan, mereka akan dibatalkan pendaftarannya dan dihalang daripada berurusan dengan pelabur selama-lamanya, kata jurucakap FIMM.

Pelabur tidak perlu menandatangani atau meletakkan cap jari pada borang pelaburan untuk memindahkan dana dari akaun KWSP ke dana PRS atau unit amanah di bawah MIS, katanya.

“Ada perunding tidak bertanggungjawab menggunakan borang untuk terus melabur tanpa memberitahu pelabur,” katanya, sambil menambah FIMM mempunyai jawatankuasa disiplin dan pengurusan aduan untuk mengumpul bukti apabila aduan dibuat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (Sidrec), Sujatha Sekhar Naik berkata sejak 2011, ia telah menerima lebih 1,000 pertanyaan dan tuntutan.

“Kebanyakan kes melibatkan ‘terjual’, isu-isu pendedahan dan pelabur membuat kesilapan semasa menjalankan transaksi dalam talian.

“Para pelabur mahu lebih wang tetapi enggan berusaha lebih untuk memahami dan memantau pelaburan mereka,” katanya.

Pada 1 September tahun ini, sebanyak 113 kes telah dilaporkan. – mStar Online

Tags: kes tipuKWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi Amyra-Amar

Next Post

Lelaki Hilang Ditemui Mati Digigit Buaya

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Lelaki Hilang Ditemui Mati Digigit Buaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd