Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Masalah Pati Di Esszone...

LAHAD DATU - Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah terutama di...

Menipu Sampai Ke Puncak...

SEPASANG suami isteri yang bekerja sebagai anggota polis, telah dipecat selepas mereka menipu...

Polis Tumpaskan ‘Geng Mat...

LANGKAWI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pecah rumah 'Geng Mat Daud'...

Bekas Adun Kedah Direman...

ALOR SETAR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dari Barisan Nasional...

Warga Rohingya Di Malaysia Menyimpan Pelbagai Cerita Duka

HULU TERENGGANU – Nampaknya setiap warga Rohingya yang membawa diri ke Malaysia mempunyai cerita sedih masing-masing semasa menetap di bumi asal mereka Myanmar.

Mereka menyimpan pelbagai cerita mengenai penindasan, tekanan, penyeksaan dan pembunuhan.

Begitulah juga bagi Khalu Abdul Hasim, 41, yang kini menetap di Terengganu sejak dua tahun lalu.

“Dua orang anak lelaki saya dikhabarkan dibunuh tanpa sebab oleh pihak tentera yang masuk ke kampung kami minggu lepas. Isteri saya pula terpaksa melarikan diri ke Bangladesh untuk menyelamatkan diri.

“Saya telefon isteri saya untuk tahu keadaannya dan anak-anak kami di sana. Isteri saya bagi tahu anak saya sudah mati dibunuh dan dia pula terpaksa melarikan diri ke Bangladesh, ketika kampung kami dimasuki pihak tentera.

“Masa kejadian itu, anak saya Shakir (15), dan adiknya Mahmud Tayob (12), sedang memancing di tepi sungai apabila mereka dibunuh sebaik sahaja terserempak dengan pihak tentera.

“Masa itu isteri saya (Sanuara Noramad, 28,) berada di rumah. Bila dia tahu anak kami dibunuh, isteri saya terus melarikan diri bersama keluarga kami yang lain,” ceritanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Rohingya Dewan Undangan Negeri Ajil yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Teknologi, Komunikasi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib di sini hari ini.


Khalu melahirkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa umat Islam di Myanmar.

“Memang saya rasa sedih. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan saya. Kalau boleh memang nak balik, nak jumpa keluarga dan isteri saya.

“Kami tidak tahu apa salah kami sampai dilakukan macam ini. Setiap hari ada sahaja penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan,” tambahnya.

Hussin Abd Rashid, 56, yang telah berhijrah ke Malaysia sejak 30 tahun lalu berharap pergolakan di Myanmar akan kembali pulih dan masyarakat Islam dapat hidup dengan aman.

“Tidak tahu sampai bila keadaan akan jadi macam sekarang. Dahulu ada juga krisis, tapi tidak teruk. Saya diberitahu keluarga saya di sana, sudah lebih 900 wanita dirogol dan dicabul, Sampai ada wanita mengandung dibelah perut dan ada yang dibakar hidup-hidup,” katanya yang bekerja sebagai buruh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori