• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pembantu Rumah Rakam Aksi Dirogol Majikan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK tahan dengan ‘layanan’ majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia merakam detik dia dirogol dan memuat naiknya di laman sosial.

Wanita yang berusia 31 tahun itu dikatakan menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga di Taichung, Taiwan dan sering menjadi ‘pemuas nafsu’ majikan lelakinya.

Media tempatan di Indonesia melaporkan, wanita tersebut dipaksa melakukan perbuatan keji walaupun dia menolaknya.

Dalam video tersebut, pembantu rumah itu dipaksa ‘melayan’ majikannya dan dia menolak dengan menggunakan bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, majikan lelaki berkenaan tidak mengendahkan rintihannya dan terus memperkosa wanita malang itu.

Wanita tersebut turut memuat naik perbualannya dengan agensi pekerjaan yang menempatkannya di rumah majikan itu.

Dalam perbualan tersebut, dia pernah mengadu mengenai kejadian diperkosa majikan tetapi tidak mendapat perhatian agensinya.

“Walaupun ada majikan perempuan dan anak lelakinya, walaupun saya menjerit tetapi tiada siapa yang peduli.

“Isterinya hanya meminta maaf kerana suaminya mabuk,” tulisnya.

Jelasnya, dalam video tersebut dia sudah jatuh ke lantai kerana sudah tidak mampu untuk bangun tetapi masih meneruskan rakaman bagi bukti pendedahan perangai keji majikannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada awal September lalu dan menjadi viral di media sosial selepas mangsa kesal aduannya kepada agensi tidak dihiraukan.

Media tempatan Indonesia melaporkan, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan menuntut agar individu yang melakukan perbuatan keji itu mendapat balasan sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC


Pembantu Rumah Rakam Aksi Dirogol Majikan oleh mynewshub

Tags: Indonesiapembantu rumahrogoltaiwan
Share268Tweet168SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

22/08/2026
0

KUALAU LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri dalam temu bual terbarunya dengan Al Jazeera berkait isu melibatkan China dan Taiwan terutama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd