• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Berjaya Kerana Sokongan Padu Anggota Parti

oleh Ahmad Albab
30/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan UMNO sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan dicapai dan dikecapi pada hari ini tanpa sokongan padu jutaan anggota parti, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Presiden UMNO itu berkata kejayaan dan limpahan rahmat itu malah turut dikecapi dan dinikmati oleh rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

“Banyak yang telah dicapai oleh negara hingga detik ini. Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab, dengan sokongan padu UMNO bersama rakan parti komponen, sentiasa mengotakan janji dengan memberi khidmat bakti demi manfaat rakyat Malaysia.

“UMNO bukan hanya berkhidmat untuk orang Melayu tetapi untuk semua tanpa batasan kaum, agama atau latar belakang, katanya.

Najib yang juga perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada acara itu ialah dua naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas timbalan presiden dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri dan para anggota Majlis Tertinggi parti serta perwakilan Persidangan Agung UMNO 2016 daripada seluruh negara.

Najib berkata perjuangan UMNO ketika ini sarat dengan nostalgia dan bahagia namun ia tidak sepatutnya menjadikan anggota parti tersebut leka.

“Sebaliknya, ia harus memberikan kekuatan kepada kita untuk terus menakhoda zaman. Pada usia tujuh dekad ini, UMNO semakin matang dalam memenuhi keperluan orang-orang Melayu serta Bumiputera supaya terus menjadi bangsa berdaulat,” katanya.

Najib kemudian merasmikan upacara bersejarah secara simbolik pecah tanah projek pembangunan itu yang akan menjadi mercu tanda ikonik baharu di ibu negara. – BERNAMA

Tags: PAU 2016UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd