• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UIAM Muncul Juara Debat Antara Universiti Cambridge

oleh
20/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) yang berlangsung di Universiti Cambridge, London Ahad lepas.

UIAM dalam satu kenyataan berkata, pasukan debat UIAM diwakili pelajar jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore dan pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey.

Mubarrat juga dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Mereka menewaskan tiga pasukan daripada Universiti Oxford, Universiti Toronto, Canada dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam format pertandingan debat empat penjuru.

Kejohanan yang berlangsung pada 18 hingga 19 Nov lepas disertai 100 pasukan seluruh dunia termasuk Universiti Harvard, Universiti Durham dan Kolej Diraja London.

Menurut kenyataan itu, ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi kejohanan itu dengan pasukan debat UiTM menjadi juara pada tahun lepas.

Pada tahun ini, UIAM telah meraih tiga kejohanan debat berprestij dunia iaitu Kejohanan Debat Antara Universiti Australasian, Kejohanan Debat United Asian dan Kejohanan Debat Parlimen British Asia.

Pasukan debat UIAM itu kini bersiap sedia untuk menyertai Kejohanan Debat Utama Dunia di Belanda, Disember depan. – BERNAMA

Tags: debatUIAMUniversiti Cambridge
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Orang ramai diseru tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seorang pensyarah berpengalaman yang telah banyak berjasa dalam...

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd