• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Tanya Apa Guna Berpakat Dengan PAS?

oleh
13/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Apa gunanya bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama tapi enggan menentang bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.”

Demikian penegasan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengenai usaha Pakatan Harapan mengadakan kerjasama dengan PAS bagi memastikan satu lawan satu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kata beliau, DAP menyokong rancangan satu lawan satu Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi sokongan DAP ke atas usaha bukan `sokongan buta’.

“Strategi satu lawan satu mesti berdasarkan prinsip dan persetujuan dasar bersama. Apa gunanya kami bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama, tapi enggan menentang bajet yang dibentangkan Perdana Menteri.

“Apa gunanya kami berpeluk-peluk dengan parti yang ingin menonjolkan kealiman mereka tetapi masih bermesra dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Himpunan Bersih 5 pun mereka `boycott’. Bukankah pendirian mereka dah cukup jelas? Oleh itu, apa gunanya kami (DAP) mematuhi prinsip satu lawan satu tetapi rakan mempergunakan untuk kepentingan sendiri,” katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Petaling Jaya hari ini.

Tony Pua berkata, DAP memahami kepentingan satu lawan satu dengan UMNO dan BN tetapi perbingan tidak boleh berterusan sehingga sehari sebelum pilihan raya kerana ia akan melemahkan kesiapaigaan parti-parti pembangkang.

Katanya, jika perbincangan dengan PAS tidak berjaya, Pakatan Harapan perlu membuat keputusan segera untuk meneruskan pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

Menurutnya, Pakatan Harapan tidak boleh menunggu lama persetujuan PAS kerana boleh menjejaskan usaha Parti Amanah Negara (PAN) memperkukuhkan parti mereka.

Beliau turut mengingatkan semakin kuat PAN yang menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang, maka semakin kuat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PPBM.

Justeru, katanya, DAP memberi jaminan kepada PAN bahawa DAP akan memberi sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada parti itu dan menjaga kepentingan mereka.

“Kami hanya berharap satu hari nanti, bila PAN menjadi sebuah parti yang besar dan berjaya di Malaysia, kami di DAP ini akan terus dikenangi dan tidak akan dikhianati,” katanya.

Selain itu, beliau mengungkit PAS sebagai punca DAP dan parti sekutunya gagal merampas pemerintahan Malaysia kerana mengkhianati dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPASTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd