• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMT 2017: MAH Sasar 5 Juta Pelancong Ke Terengganu

oleh Ahmad Albab
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu (MAH) menyasarkan lebih lima juta pelancong akan berkunjung ke negeri ini sepanjang Tahun Melawat Terengganu (TMT) yang akan berlangsung tahun depan.

Pengerusinya Rosly Selemin berkata kini pelbagai usaha dilakukan para pengusaha hotel bagi mencapai sasaran itu termasuk mempromosikan makanan tradisional Terengganu serta lokasi yang menarik di seluruh negeri itu.

Selain itu, katanya terdapat juga pengusaha hotel memberikan potongan harga penginapan bermula 20 hingga 50 peratus.

“Sebanyak 14 hotel di bawah MAH di Terengganu menawarkan pakej penginapan dengan harga berpatutan mengikut kategori bintang hotel tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam MAH, di sini, semalam.

Menurutnya MAH juga turut merancakkan promosi TMT 2017 menerusi Pesona Terengganu di Johor Bharu, Johor; Singapura dan London, United Kingdom yang dianjurkan oleh kerajaan negeri sepanjang tahun ini.

“Kita menyokong setiap program yang dianjurkan kerajaan negeri dan kita turut mendapat kerjasama daripada ejen pelancongan yang sama-sama membantu mempromosikan TMT.

“Seperti di London kita memperkenalkan nasi dagang, dalam masa yang sama kita turut mempromosikan tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: MAHPelancongTerengganuTMT 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd