• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Dedah Jurulatih Berkongsi Wang Dengan Ejen Pemain

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir jurulatih dalam negara tergamak menukar pemain untuk berkongsi wang dengan ejen.

Tindakan kelompok tersebut antara punca perbelanjaan sesebuah pasukan bola sepak di Malaysia didapati tiba-tiba meningkat dengan mendadak.

Titah baginda, jurulatih terbabit sengaja menukar pemain pasukan yang dikendalinya untuk mendapatkan manfaat daripada wang kelab bola sepak yang dikendalikan oleh mereka yang tidak tahu tentang perniagaan bola sepak.

Justeru, Tunku Ismail membidas sebuah laman berita bola sepak Malaysia kerana mendakwa konon wang bukan segala-galanya dalam industri bola sepak kerana ia adalah satu kenyataan yang mengarut.

“Dalam perniagaan bola sepak, wang adalah segala-galanya. Satu lagi contoh adalah kenapa kelab di Malaysia sering kali menukar pemain import mereka dan perbelanjaan telah menjadi lebih berganda daripada yang sepatutnya.

“Jawapannya kerana beberapa jurulatih sengaja menukar pemain supaya boleh berkongsi wang dengan ejen dan kemudian mendapat banyak manfaat daripada wang kelab.

“Ini biasanya berlaku apabila kelab yang dikendalikan oleh orang yang tidak tahu perniagaan bola sepak. Johor Darul Ta’zim (JDT) juga pernah jadi mangsa pada satu ketika dahulu,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.

Tunku Ismail berkata, JDT bagaimanapun tidak lagi berhadapan dengan situasi tersebut kerana baginda memantau segala-galanya memandangkan wang kelab adalah daripada penaja dan penyokong yang perlu sentiasa dilindungi.

“Melainkan jika anda menghabiskan wang rakyat daripada sumber kerajaan, menjual gelaran seperti beberapa pesaing kami, jadi jika begitu ia tidak akan menjadi masalah.

“Itulah perbezaan antara kami dan mereka. Kami menjalankan perniagaan untuk mengekalkan kelab. Mereka menggunakan kelab untuk membuat wang untuk diri mereka sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: bola sepakejenjurulatihTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd