• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Golongan Mahu UMNO, PAS Bersatu – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengkategorikan tiga golongan yang benar-benar mahukan PAS dan UMNO bersatu.

Kata beliau, pertama adalah golongan yang mahukan UMNO kekal memerintah dan PAS turut berada dalam kerajaan campuran sebagai rakan.

Menurutnya, golongan kedua adalah mereka yang berharap PAS hancur bersama UMNO, maka mereka akan dapat membina kerajaan baharu tanpa Islam.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ada golongan ketiga yang benar-benar mahukan kesatuan umat Islam di atas tali agama lalu mampu memerintah bersama.

“Saya berkata, PAS matlamatnya ialah menyatukan umat di atas tali agama Islam yang kukuh dan lurus. PAS bukan untuk orang PAS. PAS adalah untuk umat Islam dan seluruh rakyat.

“Kepada yang ikhlas menanti dan mengharap, saya berpesan bersamalah berjuang. Hadiah Allah daripada kesembuhan itu adalah kesatuan umat. Kesatuan itulah sumber kekuatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Desakan umat Islam Malaysia supaya UMNO dan PAS kembali menjalin kerjasama politik semakin kuat kedengaran sejak kebelakangan ini.

Permintaan itu timbul disebabkan kebimbangan mereka ke atas perkembangan politik mutakhir yang menyaksikan gabungan parti pembangkang yang turut didokong kumpulan liberal dan anti-Islam semakin agresif mahu merampas pemerintahan negara ini.

Malah, pendakwah Islam antarabangsa, Dr. Zakir Naik yang meneliti perkembangan politik Malaysia sebelum ini turut menggesa supaya UMNO dan PAS bekerjasama.

Kata Zakir, langkah itu akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Abduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya jauh lebih banyak...

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd