• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Saran Malaysia Ketuai Desakan Terhadap Myanmar

oleh
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini menyarankan supaya Malaysia mengetuai negara-negara Islam mendesak Myanmar menghentikan kekejaman terhadap bangsa Rohingya.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pengaruh kepimpinannya dalam membela nasib umat Islam itu di Myanmar.

“Saya yakin tindakan Perdana Menteri akan dapat membuka mata banyak pihak seterusnya akan bersama-sama Malaysia untuk berjuang menghentikan kezaliman ini.

“Kita umat islam di Terengganu sangat sedih dan kesal dengan apa yang berlaku terhadap saudara seIslam kita di bumi Myanmar.

“Apa yang kita terima dalam bentuk visual dan video menunjukkan penindasan dan kekejaman junta tentera terhadap Rohingya adalah sangat tidak berperikemanusiaan,” katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai program pelupusan abu al-Quran di perairan Terengganu di sini hari ini. 

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata kelantangan Malaysia dalam memperjuangkan nasib Rohingya ini kelak akan disokong oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara Komanwel yang lain. – BERNAMA

Tags: Ghazali TaibMyanmarRohingyaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd