• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Penjenayah Ditembak Serang Polis Di Sungai Petani

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang individu yang dipercayai anggota geng pecah rumah ditembak berdekatan Taman Ria di sini pagi tadi, setelah cuba menyerang anggota polis.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kejadian bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila pihak polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki empat orang yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bank dekat kawasan perumahan itu.

Mereka bagaimanapun tergesa-gesa beredar selepas ternampak kelibat kereta peronda polis, katanya dalam satu kenyataan.

“Berlaku kejadian mengejar kenderaan itu yang berlarutan selama 20 minit, merentasi beberapa taman dan akhirnya sampai ke sebuah kampung di belakang SMK Dato’ Bijaya Setia.

“Namun jalan kampung yang sempit itu menyukarkan kereta suspek melepaskan diri lalu terlanggar sebuah tiang lampu TNB.

“Selepas perlanggaran itu, salah seorang suspek cuba menyerang anggota polis yang mengejar mereka, dengan sebilah parang namun anggota polis terbabit sempat melepaskan tembakan yang mengenai betis kiri suspek,” kata Md Zukir.

Beliau berkata tiga lagi rakan suspek berjaya diberkas kemudiannya dengan bantuan anggota polis lain yang turut berada dilokasi tersebut.

“Manakala pada pukul 12.30 tengah hari tadi, seorang lagi lelaki ditahan di Taman Seri Angsana, menjadikan keseluruhannya lima suspek berusia antara awal 30-an dan 40-an berjaya ditangkap.

“Pihak polis turut merampas pelbagai jenis peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti pecah rumah yang disimpan di dalam kereta suspek,” katanya.

Seorang suspek turut cedera pada hidung akibat kereta mereka melanggar tiang lampu. – BERNAMA

Tags: ditembakpenjenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd