• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suntikan RM370 Juta Rangsang Sejahtera Rakyat Bandar

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Suntikan RM370 juta di bawah Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Okt lepas dapat memangkin Pelan Induk Kesejahteraan Rakyat Bandar (PIKRB) yang akan dimulakan tahun depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata daripada keseluruhan jumlah peruntukan itu, kerajaan buat pertama kalinya mengumumkan RM300 juta untuk menyelenggarakan keperluan rakyat di projek-projek perumahan rakyat.

“Dengan peruntukan-peruntukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, kami akan laksanakan (pelan ini) ke arah kesejahteraan bandar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersempena Bengkel PIKRB Siri Ketiga di sini malam tadi.

Menurutnya bajet ini juga memperuntukkan RM40 juta untuk jawatankuasa penduduk bandar membuat perancangan kesejahteraan di kawasan mereka, selain RM20 juta untuk membaik pulih perumahan rakyat dan RM10 juta di bawah Azam Bandar, sebuah program meningkatkan ekonomi rakyat bandar.

Noh berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (Magic) dalam usaha mengurangkan insiden kemiskinan bandar di negara ini dalam melaksanakan PIKRB.

Menurutnya pelaksanaan perancangan di bawah PIKRB akan berlangsung selama lima tahun sehingga 2022 dengan pengurangan jumlah rakyat miskin di bandar menjadi satu daripada matlamatnya.

“(Kalau) hendak menghapuskan (insiden kemiskinan bandar terus) memanglah mustahil tetapi apa yang hendak diusahakan (di bawah PIKRB) adalah untuk mengurangkannya,” katanya.

Beliau berkata bengkel PIKRB yang diadakan di Langkawi selama empat hari sejak Khamis lepas itu melibatkan semua exco perumahan dan kerajaan tempatan negeri seluruh negara untuk meningkatkan pemahaman dan mendapatkan maklum balas mereka.

“Saya berharap menerusi pemahaman dan maklum balas mereka, pelan pelaksanaan ini akan menjadi satu garis panduan bagi melaksanakan program yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh Omarrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd