• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Agama Anak Antara Fokus Pindaan Akta

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, antara lain bertujuan menyelesaikan isu berbangkit di mahkamah tentang pasangan suami atau isteri yang memeluk Islam.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan buat pertama kali oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, turut menyentuh cadangan status agama anak pasangan yang bercerai, dikekalkan mengikut perkahwinan asal.

Selain itu, penukaran agama anak-anak kepada Islam dicadang dibenarkan jika mendapat persetujuan bersama kedua-dua ibu bapa dan tertakluk kepada keinginan anak apabila mereka mencapai umur 18 tahun.

Pindaan itu turut memberikan hak kepada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian bagi membubarkan perkahwinan sivil mereka yang termaktub di bawah subseksyen 51 (1) rang undang-undang itu.

Pada masa ini, akta itu tidak memberi hak kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, kerana hak untuk membubarkan perkahwinan hanya diberikan kepada suami atau isteri yang tidak memeluk Islam.

Oleh itu, selagi suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, perkahwinan sivil suami isteri yang berbeza agama itu masih dianggap sah dan berterusan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.

Pindaan akta itu turut memberikan hak yang sama rata dalam memberikan persetujuan bagi perkahwinan kepada ibu atau ibu angkat seseorang yang di bawah umur 21 tahun, sama seperti diberikan kepada bapa yang dimaktub dalam Fasal 3 subseksyen 12 (1) rang undang undang itu.

Rang undang-undang itu juga bagi meminda Fasal 8 untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah jika seorang anak mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

Azalina berkata rang undng-undang itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan. Selain itu tiga lagi rang udang-undang turut dibentangkan pada persidangan hari ini termasuk satu rang undang-undang baharu iaitu Rang Undang-Undang Kesalahan Yang Berhubungan Anugerah 2016.

Dua lagi adalah pindaan iaitu Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan 2016)dan Rang Undang-Undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016. – BERNAMA

Tags: Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Koperal Polis Tumbuk, Tampar Isteri Didenda RM1,000

Next Post

Pahang Bentang Bajet Lebihan RM1.22 Juta Bagi 2017

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Pahang Bentang Bajet Lebihan RM1.22 Juta Bagi 2017

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd