• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Splash: Azmin Diminta Dedah Laporan Badan Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta mendedahkan laporan penilaian badan antarabangsa yang dilantik kerajaan negeri berhubung harga tawaran pengambilalihan ekuiti dan tanggungan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bernilai RM2.975 bilion.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata pendedahan itu perlu bagi membolehkan rakyat mengetahui nilai sebenar tawaran pengambilalihan Splash memandangkan terdapat percanggahan fakta berhubung nilai tawaran yang dinyatakan Mohamed Azmin dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Memandangkan sekiranya pembelian Splash diteruskan juga pada nilai (RM2.975 bilion), lantas mengakibatkan jumlah pembelian seluruh aset air Selangor mencecah RM13 bilion.

“Justeru, kami mencabar Mohamed Azmin mengumumkan sekarang berapakah jumlah kenaikan tarif akibat kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu ini dari awal,” katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini mendakwa kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Abdul Khalid menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014, namun Abdul Khalid menafikan dakwaan itu dan berkata tawaran terakhir yang dibuat pihaknya kepada Splash adalah sebanyak RM250.6 juta sebagai bayaran ekuiti.

Shahril Sufian berkata pengambilalihan industri air secara keseluruhan tidak boleh melebihi kos sebanyak RM9.65 bilion seperti yang dipersetujui sebelum ini kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk menurunkan air tidak terhasil di Selangor.

“Mengapa Azmin tidak mengotakan janji pada 2015 bahawa kos mengambil alih keseluruhan aset air Selangor dihadkan kepada jumlah asal RM9.65 bilion, sebaliknya menawarkan lebih 10 kali ganda harga asal kepada Splash? soalnya.

Katanya nilai tawaran terbaru (RM2.975 bilion) yang ditawarkan kepada Splash hanya mengambil kira pembelian ekuiti syarikat sahaja dan bukannya liabiliti seperti dinyatakan dalam laporan pendapatan komprehensif Splash dalam penyata kewangan tahunan Gamuda Berhad.

Ditanya adakah kerajaan Persekutuan perlu menguatkuasakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) bagi mengambil alih ekuiti Splash, beliau berkata perkara itu mungkin akan menjadi langkah terakhir sekiranya isu pengambilalihan itu tidak menemui sebarang jalan penyelesaian. – BERNAMA

Tags: Azmin AliSplash
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd