• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soo Wincci Bercita-Cita Mahu Menang Anugerah Juara Lagu

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas berjaya bergelar doktor falsafah (PhD), penyanyi dan pelakon Soo Wincci menyimpan impian baharu iaitu berhasrat memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa hadapan.

Soo Wincci, 31, berkata dia tidak bimbang terpaksa menanti dalam tempoh yang lama asalkan hajatnya itu terlaksana.

“Saya akan terus berusaha dan cuba sedaya upaya untuk memenangi AJL pada masa depan. Saya tidak kisah jika perlu tunggu lima atau sehingga sepuluh tahun sekali pun.

“Setakat ini tiada lagi seorang penyanyi berbangsa Cina yang berjaya memenangi anugerah berprestij itu. Saya akan terus berusaha, tetapi jika tidak dapat juga tidak mengapa,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Japan Travel Fair 2016, di sini, Rabu lalu.

Soo Wincci AA

Soo Wincci turut melancarkan muzik video single terbarunya iaitu Merai Perpisahan yang diterbitkan dalam dua versi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Lagu versi bahasa Melayu ditulis oleh Ad Samad selain dia juga mempelawa Daniel Lee (pemenang Malaysian Idol musim kedua) untuk membantu dalam mencari nada nyanyian dalam bahasa itu, jelasnya.

Dalam pada itu sempena pelancaran Japan Travel Fair 2016, Soo Wincci turut berkongsi pengalaman penggambaraan selama tiga hari di negara itu.

“Pengalaman yang tidak boleh dilupakannya ialah semasa hari ketiga yang juga hari terakhir penggambaran kami di Jepun. Dengan keadaan hujan dan angin yang sangat kuat, ia agak sukar untuk melaksanakan penggambaran tersebut.

“Tetapi tidak mengapa, kami lalui semua cabaran itu untuk menghasilkan sebuah kerja seni,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Soo Wincci baharu mendapat tawaran persembahan di China dan akan mula aktif di negara itu mulai Jun tahun hadapan.

Dia juga akan mengeluarkan buku pada bulan Januari 2017 serta melakukan jelajah motivasi sekurang-kurangnya di 100 buah universiti tempatan serta beberapa buah universiti di luar negara. – mStar Online

Tags: Anugerah Juara Lagupenyanyisoo wincci
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Afifah Tidak Tersinggung Dibandingkan Dengan Anzalna

Next Post

Hilang Telinga Dalam Nahas, Dapat Yang Baru Di Lengan

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Hilang Telinga Dalam Nahas, Dapat Yang Baru Di Lengan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd