• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Bola Sepak Wanita Negara Sasar Gangsa Sukan SEA’17

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak wanita negara meletakkan sasaran realistik untuk meraih pingat gangsa di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad berkata sasaran itu bertepatan dengan tahap kebolehan skuad negara serta standard saingan di temasya sukan dwitahunan tersebut.

“Sudah pasti saingan utama di Sukan SEA nanti ialah Thailand, Vietnam dan Myammar tetapi harus diingat skuad negara hanya tewas tipis 1-2 dalam pertemuan dengan Myammmar pada Piala AFF baru-baru ini.

“Ranking kita jauh di kedudukan 85 dunia manakala Myammar di tangga ke-35 dan untuk saya, ia merupakan petanda yang baik,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan jersi kepada pengurus pasukan sempena Kejohanan Liga Bola Sepak Perempuan Bawah 16 tahun (B-16) di sini, hari ini.

Sebagai rekod, skuad negara pernah memenangi pingat perak di Sukan SEA Chiang Mai, Thailand pada 1995.

Mengulas mengenai kejohanan berkenaan, Norhuda berkata ini adalah kali pertama ia dianjurkan untuk kategori B-16 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

“Sebelum ini, kejohanan untuk B-14 pernah diadakan pada 2014/15. Saya harap pada masa akan datang, kedua-dua liga B-14 dan B-16 dapat dijalankan serentak.

“Kami harap menerusi liga ini, lebih banyak bakat baru dapat diketengahkan dan seterusnya mengangkat martabat bola sepak negara di persada antarabangsa,” katanya.

Liga Bola Sepak Perempuan B-16 bakal disertai 11 sekolah sukan negeri dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah yang akan berlangsung secara sirkit bermula 18-20 Nov ini di Sekolah Menengah Mutiara Impian, Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: bola sepakSukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd