• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Turut Siasat Dana Asing Libatkan Portal Media

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat aduan berhubung penyaluran dana asing kepada portal berita tertentu dengan niat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata laporan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung ancaman itu dan siasatan terperinci perlu dibuat dengan meneliti pelbagai sumber media baharu sebelum ia diserah kepada Peguam Negara.

“Kita telah terima aduan tentang perkara itu dan sekarang ini kita lihat (penglibatan) media baharu. Kita sedang kenal pasti sumbernya. Kemudian serah kepada AG (Peguam Negara) untuk buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran ‘KL International Youth Discourse 2016’ di sini hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan akan dibuat terhadap dakwaan hartawan George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini di Malaysia.

Terdahulu, Salleh berkata kerajaan sedia ada yang dipilih secara demokrasi tidak seharusnya dijatuhkan secara tidak sah kerana hak untuk memilih kerajaan terletak sepenuhnya di tangan rakyat.

“Kita negara merdeka, ada kaedah sendiri untuk urus negara yang merdeka, kita amal sistem demokrasi berparlimen, rakyat ada kuasa tentukan kuasa memerintah, kita tidak boleh gunakan kaedah lain di luar Perlembagaan untuk capai matlamat tersebut,” tegasnya.

Mengulas tentang dasar baharu negara iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50), Salleh berkata langkah pertama yang harus diambil adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada golongan belia pelbagai bangsa dan agama tentang langkah yang harus dilakukan untuk menentukan masa depan negara ini dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata penganjuran KL International Youth Discourse2016 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Nov ini di Sunway Resort and Spa Petaling Jaya adalah langkah terbaik untuk mendapatkan pandangan dan pendapat belia.

Najib pada perbentangan Bajet 2017 mengumumkan TN50, iaitu visi untuk terus memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi serta berstatus negara maju. – BERNAMA

Tags: SKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd