• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Bekas Pemimpin, PRU14 Antara Topik PAU

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu serangan bekas pemimpin UMNO terhadap kepimpinan parti dan kerajaan antara topik yang dijangka mendapat perhatian dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata persediaan dan kesediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) juga dijangka disentuh sepanjang perhimpunan dari 29 November hingga 3 Disember ini.

“Antaranya isu bekas pemimpin yang sanggup memburukkan institusi yang dulu mereka naungi.

“(Bekas pemimpin UMNO) pernah berucap agar mempertahankan institusi (UMNO) tetapi sekarang ceritanya lain pula,” katanya pada taklimat media mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan isu kerjasama UMNO dan PAS akan turut dibawa oleh anggota perwakilan dan menyifatkan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu akan dibuat selepas mendengar suara perwakilan.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan tambahan UMNO selepas menyampaikan amanat dalam taklimat presiden yang dijadual pada 29 November.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan serentak perhimpunan agung ketiga-tiga sayap – Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam, katanya.

“Berbeza dari tahun lepas di mana perhimpunan agung ketiga-tiga sayap dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing, tahun ini mereka minta timbalan perdana menteri untuk merasmikan serentak perhimpunan mereka,” katanya.

Tengku Adnan berkata sebanyak 5,732 anggota perwakilan akan menghadiri perhimpunan kali ini.

Selain itu, katanya 44 peserta daripada 12 parti politik dari 10 negara telah mengesahkan kehadiran mereka untuk mengikuti perhimpunan tahunan ini.

“Seramai 300 mahasiswa daripada 240 universiti awam dan 60 universiti swasta akan terlibat dalam perhimpunan ini atas nama Mahasiswa Nasional (Pemanas),” katanya.

Selain itu sebanyak 1,193 petugas media daripada 48 agensi termasuk tiga agensi antarabangsa akan membuat liputan pada perhimpunan kali ini.

Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga akan dipenuhi dengan pelbagai program sampingan antaranya Konvensyen Penerangan 2016, Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas 4.0).

Gerai-gerai jualan akan mula beroperasi pada 28 November di Dewan Tun Razak 3, manakala pameran akan diadakan di ruang legar Putra, Aras 2. – BERNAMA

Tags: PRU14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd