• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Dapat Tangguh Sementara Persempadanan

oleh AK-47
28/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk mendapatkan penangguhan sementara prosiding penyiasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dalam keputusannya berkata penangguhan itu diberi sementara menunggu pendengaran permohonan kerajaan Selangor pada 16 Disember untuk mendapatkan kebenaran agar diadakan semakan kehakiman.

Katanya penangguhan itu diberi kerana terdapat keadaan istimewa dan keputusan berkenaan tidak akan mewujudkan prejudis terhadap SPR mengenai ‘pengekalan status quo’.

Menurut Azizul, sekiranya beliau menafikan penangguhan itu dan penyiasatan diteruskan, permohonan kebenaran oleh Kerajaan Selangor akan hanya menjadi bersifat akademik.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendengar hujah peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili kerajaan negeri dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang bertindak bagi pihak SPR, pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah serta setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pada 19 Oktober, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor oleh SPR.

Beliau memohon mendapatkan perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula itu, yang dibuat berdasarkan satu kajian SPR pada 2016, adalah tidak mengikut perlembagaan, bercanggah dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113(2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin, yang juga anggota Parlimen Gombak, turut memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam melaksanakan persempadanan semula itu adalah tidak mengikut Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau memfailkan permohonan itu dengan alasan tindakan SPR tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional mengikut Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon relif lain, termasuk perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran lengkap, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat menunaikan hak mereka untuk membuat representasi. – BERNAMA

Tags: Kerajaan SelangorPersempadanan SemulaSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan terbuka sama ada benar terdapat keputusan untuk melonggarkan syarat pembinaan atau pemutihan...

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd